Selasa, 28 Disember 2010

10 LANGKAH MENYOKONG GAZA


  • Ikut berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
  • Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-meil, telefon, print dan sebagainya.
  • Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang di capai oleh hero-hero di Gaza dgn bantuan Allah SWT setiap hari seperti berapa org askar Yahudi y dpt ditewaskan dan berapa buah kereta kebal y dpt ditumpaskan.
  • Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu dpd mana dan kongsi perasaan kam, sokongan kamu, simpati kamu, dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimulakan dgn syahid.
  • Letakkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, laptop dan sebagainya.
  • Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.
  • Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin utk jiran-jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat Hajat berjemaah. Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. Jadikan ia isu-isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.
  • Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.
  • Ingat Palestin dalam doa dan solat.
  • Baca QUNUT NAZILAH untuk Israel.
( Sumber : Al-Aqsa Society, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia )

Ahad, 19 Disember 2010

Bersangka Baik Dalam Semua Aspek

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ....
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

sangka baik itu adalah sebaik2nya
sedangkan sangka buruk itu adalah sedusta-dusta percakapan....
wallahualam...
semoga bermanfaat....=)

PERINGATAN KEPADA SEMUA

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).
- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

..... Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti ketika manusia berkumpul di Padang Mahsyar dalam keadaan bersangatan dahaga, umat Nabi Muhammad yang kelihatan kesan-kesan wudhu' pada wajah mereka lantaran wajah mereka bercahaya, menandakan mereka ahli ibadat .... mereka diseru dan dijemput oleh Nabi untuk minum di telaga Kauthar yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad dan umatnya .....

Maka berebut-rebutlah mereka ke telaga tersebut untuk mendapatkan minuman .... tetapi sebahagian daripada mereka dihalau oleh malaikat daripada mendekati telaga tersebut...

Lalu Nabi bertanya :"mengapa mereka dihalang??"
Malaikat menjawab :"Wahai Nabi... walaupun mereka ini ahli ibadat, tetapi ketika di dunia, mereka berbuat aniaya .... mereka tidak membesarkan sunnahmu... mereka bersekongkol memilih pemimpin yang zalim .... mereka menyokong kezaliman..."
Lalu Nabi berkata : "Pergilah kamu semua dari sini..."

ILMU LADUNI

Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

Ada riwayat dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

من عمل بما علم ورثه الله علم ما لم يعلم

“Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepadanya ilmu tentang apa yang ia tidak tahu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Anas r.a.. Menurut Abu Nu’aim, hadis ini dhaif. Lihat; Takhrij Hadis al-Ihya’ oleh Imam al-‘Iraqi).

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ilmu ada dua jenis;[1]

1. Ilmu Jali (ilmu yang nampak); iaitu ilmu yang terhasil melalui penglihatan, pendengaran (yakni mendengar perkhabaran yang benar) dan akal.

2. Ilmu Khafi (ilmu yang tidak nampak); iaitu ilmu yang tumbuh dalam hati yang suci iaitu hati orang yang bersih dirinya kerana taat kepada Allah dan membesar atas rezki yang halal.

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah.[2]

Bukan sahaja ilmu, malah anugerah-anugerah yang lain juga akan dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa, antaranya dibukakan jalan pengelesaian bagi setiap masalah dan dilapangkan pintu rezki. Firman Allah;

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya (bagi setiap masalah yang dihadapinya). Dan Dia akan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (at-Talaq, ayat 2 dan 3).

Jadi, yang utama bukanlah ilmu ladunni itu, tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis yang menambahkan kesombongan diri dan perasaan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya. Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya dan hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak yang tidak menyedari karamah yang ada pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

Wallahu a’lam.

[1] Lihat dalam Tahzib Madarij as-Salikin, hlm. 486.
[2] Faidhul-Qadier, hadis no. 5711.