Selasa, 17 Mei 2011

Bob Lokman Bukanlah Pelawak Pertama Yang Mendekati Diri Dengan Pas dan Pakatan Rakyat



Pengisyhtiharan penyertaan Mohd Hakim bin Mohd Lokman@Bob Lokman ke dalam Pas mendapat pelbagai reaksi dan respons di seluruh negara.Bermula dengan kehadiran beliau dalam Solat Hajat Perdana di Stadium Malawati tahun lalu,beliau akhirnya menyertai Pas secara rasmi dalam Himpunan 30K Pemuda di Kedah baru-baru ini.
Sehingga artikel ini ditulis,Saudara Bob dilihat aktif dalam membantu kempen Pas dalam Pilihanraya Kecil di Dun Merlimau dan Kerdau di atas pentas ceramah Pas.Sesungguhnya usaha murni Bob dalam menyuburkan dakwah dalam gerakan Islam di Malaysia amatlah dialu-alukan.Jika para pembaca pernah menonton filem Mantra yang ditayangkan di pawagam tahun lalu,Bob Lokman telah mula tampil dengan watak orang alim,dengan menjadi seorang kiyai yang menentang pengamal ilmu hitam.

Jika sebelum ini Bob pernah menjadi pengkritik mingguan dalam program Raja Lawak,beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rancangan ini pada musim ini.Ketika zaman mudanya dahulu,Bob juga merupakan seorang penulis lirik,pelakon dan pengacara dalam industri hiburan tanah air.Menurut Bob,sebab utama beliau menyertai Pas adalah kerana kegagalan beliau sendiri dalam mendidik anaknya yang mempunyai perwatakan berbeza ketika berada di rumah dan ketika di luar rumah.Ini semua kata Bob adalah kegagalan pihak pemerintah dalam membawa hala tuju negara,dan jika beliau tidak membetulkan perkara ini,siapa lagi?

Untuk pengetahuan pembaca juga,Bob Lokman bukanlah seorang yang asing daripada jalan agama, memandangkan  beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad,Kajang ketika zaman persekolahannya sebelum mengambil kerjaya hidup yang berbeza daripada zaman persekolahannya.Malah, Bob juga bukanlah calang-calang orang,memandangkan beliau berasal daripada keturunan ulama,cicit kepada Tok Kenali,di mana ayah beliau Haji Lokman adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian.

Apa yang mengkagumkan penulis kepada Bob adalah,walaupun beliau berkecimpung dalam dunia artis yang diketahui dipenuhi maksiat,tetapi sebagai seorang yang berpegang teguh kepada didikan agama yang diperolehnya semenjak kecil menjadikan ianya pedoman dalam kehidupan dirinya.Malah,tidak salah jika penulis mengatakan bahawa Bob Lokman sebenarnya mampu menjadi ustaz sekiranya beliau tidak memilih jalan seni ketika di zaman mudanya dahulu.Apapun,adat berdakwah tidak mengenali umur.Semoga usaha Bob akan diberkati Allah dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Selain Bob,sebenarnya terdapat beberapa orang lagi pelawak yang dilihat cenderung ke arah Pas dan Pakatan Rakyat.Salah seorang daripadanya adalah Saudara Man Kadir.

Man Kadir,ataupun Abdul Kadir Abdul Manaf adalah merupakan seorang pelakon komedi yang bernaung di bawah pengarah Mamat Khalid,dan banyak berlakon di bawah arahan Mamat termasuk Man Laksa, Zombie Kampung Pisang,video klip Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi dan M.Nasir) dan terbaru adalah filem komedi terbaik tahun 2010,Hantu Kak Limah Balik Rumah,di mana Man Kadir memegang watak sebagai Pak Jabit,peniaga warung di Kampung Pisang. Man Kadir juga adalah seorang pelakon teater yang memakai nama gelarannya sebagai L.Man Kadir Shamsi.

Untuk pengetahuan pembaca,Man Kadir adalah Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau,di mana berlangsungnya pilihanraya kecil Dun Kerdau sekarang.Dalam keaktifannya berlakon dalam filem terbarunya iaitu Usin,Mon dan Jin Pakai Toncet (sambungan filem Hantu Kak Limah),Man masih sempat berkempen untuk calon Pas di Kerdau,di mana beliau diketahui antara aktivis PKR yang aktif dalam Biro Felda PKR.

Selain itu juga,seorang lagi pelawak yang dilihat hampir kepada Pakatan Rakyat adalah pelawak terkenal iaitu Sabri Yunus.Walaupun beliau tidaklah mengakui bahawa beliau adalah penyokong mana-mana parti politik,tetapi kesanggupan beliau untuk berlakon dalam teater arahan Dinsman yang diterbitkan oleh Karyawan Paksi Rakyat (PAKSI) iaitu pertubuhan seniman pro Pakatan menunjukkan bahawa Sabri sanggup bekerja dengan gerakan NGO yang anti-Barisan Nasional walaupun diketahui bahawa Sabri adalah antara pelakon yang popular di RTM di bawah sitkom Salam Pantai Timur.
Sehingga kini juga,penulis sendiri tertanya-tanya mengapa siri sitkom Salam Pantai Timur ditamatkan,dan Sabri juga jarang di skrin RTM sekarang, wallahualam samada penulis terlepas pandang ataupun tidak, hanya Allah yang tahu.

Sebelum ini,Sabri Yunus pernah melakonkan watak sahabat Rasulullah, Kaab bin Malik,dalam teater "Menanti Kata Dari Tuhan",yang tidak turun untuk berjihad dalam Perang Tabuk, seterusnya dipulaukan oleh para sahabat.Teater tersebut yang ditulis skripnya oleh Dinsman berdasarkan hadis Rasulullah SAW telahpun memecahkan tembok kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia,apabila ahli jawatankuasa Masjid Batu, Permatang Pauh bertindak mementaskan teater tersebut di dalam masjid,setelah beranggapan bahawa itu adalah salah satu daripada bentuk dakwah,selain dibenarkan oleh mufti negeri.

Selain itu,terdapat beberapa lagi nama selebriti lain yang dikatakan dekat dengan Pas.Amy Search contohnya, sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik 
Mat,malah pernah menyatakannya secara terbuka di facebook beliau.

Tatkala inilah penulis teringat akan satu siri ceramah Ustaz Azhar iaitu,Mat Rempit yang tidak menghina orang alim adalah lebih baik daripada para Imam yang memusuhi para ulama.Selain itu juga,satu program yang bersifat Rock Islamik iaitu Ijtimak Rockers yang diadakan di Stadium Malawati beberapa hari yang lalu juga menarik perhatian penulis.Sepertimana yang dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas,Ustaz Riduan Mohd Nor,"Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua."

Siri hiburan alternatif Islam Green Zone menampilkan konsert Maher Zain dan persembahan rock yang menyelitkan aspek ketuhanan adalah satu lembaran baru Pas dalam tidak menyempitkan hiburan kepada anak muda.Dan inilah sebenarnya yang dinantikan oleh golongan belia,acuan apakah yang bakal dibawa Pas jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Semoga ramai lagi para selebriti menyatakan solidariti dan sokongan mereka terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.Jika Umno mempunyai Jins Shamsuddin,Pas kini telah mempunyai Bob Lokman.Malah,Pas sepatutnya menjadikan Bob sebagai duta hiburan Islam,dengan melantik beliau sebagai seorang senator di negeri Pakatan Rakyat bagi berentap sama dengan Jins Shamsuddin di Dewan Negara.Kita masih menantikan ramai rakan seangkatan Bob dan Amy Search untuk sama-sama menyokong Pas,nama-nama seperti M.Nasir,Afdlin Shauki,Rosyam Nor,Jay Jay dan lain-lain artis yang dilihat bersih dan tidak terikut-ikut kepada kehidupan penuh maksiat.

Sebagai mengakhiri tulisan ini,terimalah tayangan video kumpulan Senario yang mengutuk kerajaan Barisan Nasional.Adakah mereka bersama kita?Hanya Allah yang tahu.

Isnin, 4 April 2011

Memberi Salam. Sunat, Harus, Makruh, Wajib, atau Haram?


Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

•Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
•Orang yang sedang berada didalam tandas
•Orang yang sedang makan dan minum
•Orang yang sedang berperang
•Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
•Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
•Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
•Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
•Orang yang sedang azan dan iqamat.
•Orang yang sedang qada’ hajat.
•Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
•Orang yang sedang iqamat
•Orang yang sedang mabuk.
•Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
•Orang yang sedang solat
•Orang gila
•Kanak-kanak
•Orang yang mengantuk @ sedang tidur
•Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
•Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
•Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( 
yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Kelebihan Kacau Kopi ikut Arah Lawan Jam




SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radixdengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.
(sumber:dcentellaherbshopkemaman)

Jumaat, 18 Mac 2011

Terkini keadaan di Jepun (Gambar)






Rumah yang dihanyut oleh Tsunami




 Tsunami yang terhasil akibat gegaran dari gempa bumi bermgnitude 8,9 menyebabkan semua bangunan turut terkena tempias.



Keadaan di sekitar Shijuku Central Park.Orang ramai yang berada dalam keadaan panik



Keadaan yang teruk menimpa rumah di pesisiran pantai.



Gambar menunjukkan tsunami menghanyutkan tempat kediaman penduduk Jepun di Natori.



Pusaran tsunami di Oarai selepas Jepun di gegarkan



Rumah terbakar di Lapangan Kapal Terbang Sendai.



barang semua musnah



 Pusat tapisan gas habis terbakar.

Akibat tempias tsunami,sungai di Hitanchaki City turut bergelora.

Bertambah Saja Usia Kita Bermakna Kita Telah Menghampiri Alam Barzakh

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T..

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Nabi Muhammad S.A.W.  dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Dalam riwayat lain, Nabi S.A.W.  bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi S.A.W.  menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan.

Kita pasti akan beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah S.W.T.. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.

Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”.

Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.

Sahabat dirahmati Allah,
Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"

Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."

Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."

Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."

Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"

Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

 Sahabat yang dimuliakan,
Imam Ali Zainal Abidin  menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271)

Alangkah banyaknya orang-orang yang panjang umurnya, hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan akibat silaturahim yang dia lakukan. Dan alangkah banyak orang yang menempuh kesengsaraan hidupnya akibat memutuskan tali silaturahim.

Nash-nash agama dan riwayat banyak sekali yang menegaskan mengenai perkara tersebut. Kita sebutkan di sini sebagian saja.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).

Rasulullah saw. bersabda: ‘Silaturahim mempermudah hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”‘

Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: “Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah,rumah ditinggalkan oleh penghuninya.”
Beliau juga mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan.”
Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?”
Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.”

Oleh itu pergunakanlah baki umur kita yang masih tinggal ini untuk mempertigkatkan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja dakwah dan kebajikan, jadikan setiap saat berlalunya masa di isi dengan pahala dan menghampirikan diri dengan Allah S.W.T.

Rabu, 23 Februari 2011

Nikah itu Mulia Zina itu Hina

Jumaat, 4 Februari 2011

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Tip-tip untuk semua


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah. Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh. Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW.

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas. perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti. Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 : "Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali. Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa. Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga. Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya. Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang. Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)".

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik. Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali. Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan. Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain. Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah. Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri. Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan. Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan. Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

Tip-tip untuk semua

Punca hati Tidak Tenteram

Tip-tip untuk semua

The Qur'an (Arabic Edition)Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah 20 sifat. Tetapi disini saya hanya bagi 9 sahaja. Cuba muhasabah diri kita dengan sifat-sifat mazmumah tersebut, adakah ia bersarang di hati kita?... dan cuba-cubalah leraikan sifat tersebut agar kita dapat menikmati kebahagiaan di dunia lagi sebelum kebahagiaan haqiqi di akhirat nanti.

1. Pemarah –
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak-bawak lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam –
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki –
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

Khamis, 3 Februari 2011

7 Golongan yang Dilindungi Allah swt di Akhirat

  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah 
dalam naungan-Nya yaitu: Imam  (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam 
beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling 
mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang
lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi
ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang
berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)
1.    Imam (pemimpin) yang adil
Dalam ajaran Islam, seorang imam atau pemimpin haruslah berlaku adil, karena segala hal
yang menjadi tanggungjawabnya akan dipertanyakan kembali di akhirat kelak. Maka
bergembiralah bagi pemimpin yang dapat berlaku adil, karena akan mendapatkan naungan
di sisi Allah Subhanahu wa ta’alaa di akhirat nanti. Pemimpin yang dimaksud tidak hanya
pemimpin sebuah negara ataupun penguasa suatu tempat, namun termasuk pula seorang
suami yang memimpin isteri dan anak-anaknya dalam sebuah keluarga.
2.    Pemuda tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah Subhanahu wa ta’alaa
Allah juga menjanjikan naungan atau lindungan di akhirat kepada pemuda yang senantiasa
hidup dalam ibadah kepada Allah Subhanahu wa ta’alaa. Ibadah yang dilakukan tersebut
dilakukan semata-mata karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, seakan-akan  Allah melihat segala
perbuatan dan amal ibadahnya itu.
3.    Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid
Masjid adalah rumah Allah Subhanahu wa ta’alaa. Naungan Ilahi akan selalu ada di akhirat
nanti bagi orang yang senantiasa rindu untuk beribadah di masjid dan merasa betah berada
di dalamnya. Setiap waktu, ia selalu menunggu-nunggu tiba saatnya untuk datang ke masjid
untuk sholat wajib maupun sunnah, sholat berjamaah, mengaji, mendengarkan ceramah, dan
sebagainya.
4.    Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, berkumpul 
karena Allah dan berpisah karena Allah pula

Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah Subhanahu
wa ta’alaadi akhirat nanti, dan Allah Subhanahu wa ta’alaaakan mengizinkan kedua orang
tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah
Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang
lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah Subhanahu
wa ta’alaa mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya,
malaikat itu  berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin
mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya
kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku
mencintainya karena Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah
utusan Allah Subhanahu wa ta’alaa yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu
sebagaimana kamu mencintai-Nya.”
5.    Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan 
dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’
Hal tersebut merupakan salah satu ujian bagi seorang laki-laki, dimana wanita adalah ujian
yang sungguh berat bagi kaum laki-laki. Seorang laki-laki yang beriman pada Allah
Subhanahu wa ta’alaa takut kepada Allah dan takut kepada azab api neraka, sehingga
laki-laki ini sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
6.    Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang 
diperbuat oleh tangan kanannya
Allah Subhanahu wa ta’alaa akan memberikan perlindungan bagi orang yang suka memberi
sedekah dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan selain ridho Allah swt semata. Dalam
bersedekah, ia tidak membesar-besarkannya, sebaliknya ia akan melakukannya secara tersembunyi
dan tidak ingin diketahui orang lain.
7.    Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya
Berdzikir dengan hati yang tulus, ridho, dan ikhlas seorang diri, dengan perasaan takut kepada
Allah hingga meneteskan airmata, sebagai tanda kecintaan kepada Allah swt, menyadari
kebesaran Allah Subhanahu wa ta’alaa, serta merasa dirinya penuh dosa sehingga memohonan
ampunan kepada-Nya. Allah akan membukakan pintu syurga untuk orang-orang yang seperti ini.
Sungguh beruntungnya orang yang mendapat naungan Allah Subhanahu wa ta’alaa. Semoga kita
bisa menjadi salah satu golongan yang mendapatkan perlindungan Allah Subhanahu wa ta’alaadi
akhirat nanti. Wallahualam bishshawab.
Kaitkata:

Selasa, 28 Disember 2010

10 LANGKAH MENYOKONG GAZA


  • Ikut berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku.
  • Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-meil, telefon, print dan sebagainya.
  • Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang di capai oleh hero-hero di Gaza dgn bantuan Allah SWT setiap hari seperti berapa org askar Yahudi y dpt ditewaskan dan berapa buah kereta kebal y dpt ditumpaskan.
  • Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu dpd mana dan kongsi perasaan kam, sokongan kamu, simpati kamu, dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau dimulakan dgn syahid.
  • Letakkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, laptop dan sebagainya.
  • Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.
  • Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin utk jiran-jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat Hajat berjemaah. Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. Jadikan ia isu-isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.
  • Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.
  • Ingat Palestin dalam doa dan solat.
  • Baca QUNUT NAZILAH untuk Israel.
( Sumber : Al-Aqsa Society, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia )